Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub akui sedang mengintai Parlimen Tanjung Piai di Johor sebagai tempat baharu untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke 15, 19 November ini.
Katanya, tempat itu sudah pasti dalam pemerhatiannya atas hujah anak jati Tanjung Piai dan beliau sendiri mahu pulang dan berbakti di kampung halamannya.